- PENGURUSAN PEMBELAJARAN
PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK
Penetapan matlamat diri dan akademik yang jelas adalah satu perkara yang
paling penting dalam pengurusan pembelajaran. Setiap individu haruslah
mempunyai penetapan yang mantap agar memudahkannya untuk mencapai matlamatnya.
Berdasarkan pengalaman saya, ramai yang tidak dapat menguruskan
pembelajaran dengan baik kerana mereka tidak mempunyai matlamat pembelajaran yang
jelas. Contohnya, Akmal sering belajar secara ‘last minute’ sehingga dia menjadi kelam-kabut sewaktu hendak
menghadapi peperiksaan kerana tidak mempunyai persediaan yang cukup dan rapi.
Bagi seorang pelajar yang cemerlang, matlamat pembelajaran yang jelas
adalah sangat penting bagi mencapai kejayaan matlamat. Pelajar yang belajar
tanpa matlamat ibarat memandu tanpa destinasi kerana tidak tahu apa yang hendak
dicapai pada hujung pembelajarannya. Menetapkan matlamat pembelajaran juga
membantu dalam menentukan teori pembelajaran yang manakah sesuai untuk kita
gunakan.
Bagi menetapkan matlamat pembelajaran kita boleh menggunakan kaedah SMART untuk memudahkan kita menetapkan
matlamat pembelajaran kita.
SMART merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam matlamat anda
dan ianya diamalkan oleh kebanyakan organisasi dan syarikat seluruh dunia
sebagai panduan dalam menetapkan sasaran mereka.
SMART ialah kata singkatan yang terdiri seperti berikut:
Specific :
Terperinci
Measurable :
Boleh diukur
Attainable :
Boleh dicapai
Realistic :
Munasabah
Time Based :
Mempunyai had masa tertentu
Tujuan adanya matlamat bercirikan SMART di atas ialah kerana
untuk menjelaskan matlamat dan memastikan ianya boleh dicapai. Tiada gunanya
mempunyai matlamat jika ia kabur dan mustahil.
Specific – Terperinci
Matlamat pembelajaran kita haruslah jelas dan spesifik. Hal ini bagi
memudahkan kita untuk fokus dengan apa yang hendak dicapai dengan matlamat
tersebut. Sebagai contoh, “Saya akan belajar pada waktu sekian-sekian” adalah
lebih spesifik berbanding “Saya akan belajar pada waktu lapang”.
Measurable – Boleh Diukur
Sesuatu matlamat pembelajaran hendaklah
boleh diukur dengan jelas. Hal ini untuk membolehkan kita bagi mengukur sejauh
mana matlamat itu telah dicapai. Selain itu, ini akan memudahkan kita untuk
menilai perkembangan matlamat pembelajaran kita. Sebagai contoh, apabila kita
menghadapi peperiksaan akhir tahun atau apa sahaja bentuk peperiksaan, kita
tahu apa yang perlu kita pelajari atau ulangkaji untuk mendapatkan keputusan
yang memuaskan. Dengan ini kita boleh mengambil langkah untuk mempersiapkan
diri bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Attainable – Boleh Dicapai
Matlamat pembelajaran yang baik mestilah
boleh dicapai pada pengakhirannya. Apa guna kita buat matlamat pembelajaran
yang mustahil untuk dicapai ? Bukankah sia-sia ? Sebagai contoh, “Saya akan
belajar topik ini dari semasa ke semasa untuk memudahkan saya mengingatinya”
adalah sesuatu yang mudah dicapai berbanding “Saya akan belajar topik ini hari
ini tanpa ada gangguan”
Realistic – Munasabah
Untuk menetapkan matlamat pembelajaran, kita perlulah realistik dengan
kemampuan pembelajaran kita. Jika matlamat pembelajaran itu sesuatu yang tidak
realistik, kita tidak akan mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat
yang realistik ini boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat.
Sebagai contoh, bila pengurusan pembelajaran kita itu tidak munasabah maka akan
sulit bagi kita untuk meneruskan matlamat kita kerana tidak sesuai dengan
kemampuan diri kita.
Time – Bound
Komponen yang seterusnya adalah matlamat pembelajaran yang dibuat
haruslah mempunyai tempoh masa yang jelas. Tempoh masa ini sangat berguna bagi
menetapkan bilakah matlamat pembelajaran itu akan dicapai.
KESIMPULAN
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita haruslah mempunyai matlamat
yang jelas dan teratur agar matlamat yang kita tetapkan itu tercapai dengan
jayanya.
By: Nor Akmal Syamimi Binti Mohamad Zulkifli
STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Seterusnya kita teruskan lagi dengan
strategi meningkatkan daya ingatan dalam pembelajaran. Menurut kamus dewan
edisi keempat mendifinasikan bahawa ingatan ini adalah sebagai kuasa untuk
mengingat sesuatu. Dengan strategi ini para pelajar terutamanya boleh
meningkatkan lagi daya ingatannya. Yang menjadi persoalannya adalah
bagaimanakah cara yang berkesan untuk mengingat terhadap pembelajaran ?
Sebenarnya ingatan kita ini mempunyai
dua jenis iaitu yang pertama ialah ingatan jangka pendek dan keduanya ialah ingatan
jangka panjang. Ingatan jangka pendek ini merujuk kepada proses simpanan dalam
jangka masa yang singkat. Selalunya, ingatan ini boleh hilang dalam masa
kurangnya daripada 30 saat. Tetapi ada cara untuk mengatasi masalah ini iaitu
dengan sentiasa mengulangi maklumat dengan berulang kali.
Seterusnya ingatan jangka panjang.
Ingatan ini berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya
kekal dalam ingatan serta ia berfungsi sebagai menahan maklumat pada jangka
masa yang lama sehingga kekal hingga ke akhir hayat.
Terdapat beberapa teknik mengingat
antaranya adalah TEKNIK
MNEMONIK. Teknik ini beerti alat untuk kita mengingati sesuatu. Dalam
teknik ia terbahagi pula kepada tiga bahagian iaitu :
1.
Mnemonik
kata gentian
2.
Mnemonik
amekdot
3.
Mnemonik
lokasi
4.
Mnemonik
rantaian
MNEMONIK KATA GANTIAN
Teknik
ini sesuai kepada perkara abstrak yang sukar diingat dan ia melibatkan
penggunaan imej yang timbul. Contohnya, perkataan KEADILAN digambarkan sebagai
seorang HAKIM yang sedang mengadili perbicaraan.
MNEMONIK ANEKDOT
Teknik
ini pula mengingat maklumat yang panjang dengan sebuah cerita pendek dan lucu.
Dengan begini minda akan mudah mengingati sesuatu fakta. Contohnya, saya
menggunakan teknik ini dalam formula kimia semasa di tingkatan 5 iaitu “ kalau
nak kahwin mesti ada zakat fitrah supaya perkahwinan kekal hingga anak cucu”
sumber : https://moondoggiesmusic.com/contoh-teks-anekdot/
MNEMONIK LOKASI
Teknik
ini pula dikenali sebagai kaedah tempat di mana ia merupakan cantuman daripada
dua unsur iaitu “tempat” dan “lokasi”. Melalui cara ini memerlukan anda untuk
mengingat sesuatu kepada lokasi dan kaitkan maklumat yang ingin diingati.
Contohnya,
MNEMONIK RANTAIAN
Teknik
ini sesuai untuk mengingati senarai yang panjang dan kaedah yang sesuai untuk
kaedah ini adalah menggunakan GAMBARAN. Contohnya, sebuah bas yang berbentuk
buku sedang meronda di jalan raya, ketika seekor kucing sedang memakai topi
sambil membaca buku di dalam bas. Sebenarnya anda cuba untuk mengingati
barang-barang seperti buku, topi, buku dan bas
GAMBARAN
Seterusnya
teknik LOKUS yang
bermakna tempat. Kaedah ini adalah dengan mengaitkan bahan ingatan dengan suatu
tempat yang dikenali. Contohnya, anda ingin mengingati TIGA kata kunci seperti
:
Politik
→ Ekonomi → Sosial
Jadi
bayangkan
Di
halaman rumah anda ada ramai ahli politik. Pada masa yang sama anda melihat
wang kertas melekat pada pintu rumah anda semasa anda ingin meletakkan kasut di
rak kasut.
LOKASI
|
KATA KUNCI
|
IMEJ
|
Halaman
rumah
|
Politik
|
Ahli
politik
|
Pintu
|
Ekonomi
|
Wang
|
Rak
kasut
|
Sosial
|
Ramai
orang
|
Kenyataan
yang diberi menunjukkan bagaimana anda boleh mengaitkan lokasi dengan kata
kunci tersebut.
Yang
terakhir adalah dengan menguunakan teknik CHUNKING di mana teknik ini mengumpul maklumat
yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu.
Kebiasaanya teknik ini melakukan pemecahan kepada kumpulan (Chunking).
Contohnya menghafal nombor dikaitkan dengan lagu kanak-kanak.
Contoh :
Untuk menghafal keseluruhan nombor mengikut susunan pada
peringkat awal adalah sukar jadi dengan menggunakan kaedah ini ia akan mudah
untuk diingati lebih-lebih lagi dengan tambah sedikit irama yang sesuai.
KESIMPULAN
Akhir kata, pelbagai teknik dan impak positif yang akan
kita dapat apabila kita menggunakan kaedah belajar yang betul. Kita sewajarnya
mengamalkan gaya pembelajaran yang berkesan kepada diri sendiri untuk kemajuan
pada masa akan datang “STUDY SMART NOT STUDY HARD” adalah cogan yang sesuai untuk teknik belajar
ini.
by: Syafra binti Md Subri
- Penyusunan jadual waktu akan dapat membantu pelajar
mencapai tujuan mereka belajar .Setiap jadual waktu hendaklah mempunyai
ciri-ciri yang baik dan sempurna . Antara yang perlu dipertimbangkan adalah:
2. Berikan
keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi ,petang dan malam
sebagai seorang pelajar .
3.Pertimbangkan
jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti.Utamakan mata
pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
4. Pelajar perlu
memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih
dahulu.
Terdapat
pelbagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar
,sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke tempat yang berkenaan .
ANTARANYA TERMASUKLAH:
a) Jadual waktu semester (rancangan untuk
aktiviti satu semester ).
b) Jadual waktu mingguan (rancangan untuk
aktiviti seminggu)
c) Jadual waktu harian (rancangan untuk
aktiviti setiap hari )
Menyediakan
jadual waktu semester
Bahan
utama yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan jadual waktu semester
ialah takwim IPT .Mintalah bantuan daripada pensyarah dan mentor anda untuk
mendapatkan takwim tahunan IPT .Tujuan menyediakan jadual waktu semester ialah
untuk :
- Menyedari dan mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani sepanjang satu semester .Ia boleh dijadikan untuk menentukan bila ada latihan sukan ,tutorial ,peperiksaan ,dan sebagainya
- Memperingatkan diri anda tentang tugas dan tanggungjawab yang perlu dihadapi dan dilakukan sepanjang satu semester.
- Persediaan membuat perancangan dan tindakan semester anda.
Cara
menyediakan jadual waktu mingguan dan harian
Bagi
tujuan menyediakan jadual ini ,senaraikan aktiviti yang perlu dimasukkan dalam
jadual waktu mingguan.Aktiviti tersebut mestilah sesuai dan selaras dengan
aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut.Aktiviti itu termasuklah:
i. Senaraikan mata pelajaran yang anda pelajari untuk menghadapi peperiksaan .
ii. Aktiviti kokurikulum yang akan anda jalani.
iii. Aktiviti persendirian anda seperti beribadat ,berehat menolong keluarga ,dan sebagainya.
TUJUANNYA:
i. Membuat
bacaan atau persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
ii.
Memahami
cara kerja amali yang akan dilakukan .
iii.
Memahami
pengajaran pada hari itu .
iv.
Menyelesaikan
assignment dan sebagainya .
v.
Hari
Sabtu dan Ahad (hujung minggu)
vi. Masa
untuk membuat ulang kaji pelajaran yang telah dipelajari semester lepas ,minggu
lepas atau membuat latihan menjawab soalan peperiksaan lepas.
MANFAATKAN MASA LAPANG
MANFAATKAN MASA LAPANG
Terdapat
lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ia boleh dimanfaatkan oleh
seorang pelajar .Masa yang singkat ini dikenali sebagai “sela masa”. Antaranya ialah :
Penyediaan
jadual dan menentukan jumlah masa ini merupakan perkara yang mudah bagi semua
pelajar .Namun apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah melaksananya
dan inilah perkara yang paling besar dan rumit yang perlu dihadapi oleh pelajar
.
Berikut adalah antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
tersebut ,antaranya ialah :
•Berniat
dengan bersungguh-sungguh untuk melakukannya
-•Ketabahan
dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban
-•Elakkan
suka bertangguh
-•Keazaman
dan kesungguhan yang tinggi
RUMUSAN
belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar .Untuk menjadikan belajar itu mudah,para pelajar mestilah menguasai kemahiran pelajar yang sistematik:
i.Berupaya belajar sendiri tanpa kehadiran pensyarah .
ii. Menggunakan pengetahuan sedia ada ,rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
iii. Menambah ilmu pengetahuan dan meraih kecemrlangan dalam peperiksaan dan kehidupan .
JADUAL
PEMBELAJARAN
HARI
MASA
|
ISNIN
|
SELASA
|
RABU
|
KHAMIS
|
JUMAAT
|
SABTU
|
AHAD
|
6:00 – 7:00
|
BANGUN
, SOLAT SUBUH DAN BERSIAP
|
||||||
7:00 - 8:00
|
SARAPAN
PAGI DAN MEMBUAT JADUAL
|
RIADAH DAN SARAPAN
|
RIADAH DAN SARAPAN
|
||||
8:00 – 9:00
|
TUTORIAL
|
KELAS GEC
|
KELAS GEC
|
KELAS GKB
|
KELAS GSB
|
||
9:00 – 10:00
|
KELAS GKB
|
KEMAS BILIK
|
BASUH BAJU
|
||||
10:00-11:00
|
KELAS GKK
|
MEMBUAT TUGASAN DAN
ULANGKAJI
|
MEMBUAT TUGASAN ATAU NOTA
|
||||
11:00- 12:00
|
KELAS MTZ
|
KELAS MTZ
|
KELAS GCI
|
||||
12:00 – 1:00
|
TIDUR
|
||||||
1:00 - 2:00
|
REHAT
DAN SOLAT ZUHUR
|
||||||
2:00 - 3:00
|
KELAS BNK
|
KELAS BNK
|
PROGRAM KELAS (IKUT GILIRAN)
|
MAKAN TENGAH HARI
|
|||
3:00 – 4:00
|
KELAS BMZ
|
KELAS BMZ
|
AKTIVITI SENDIRI
|
OUTING DENGAN RAKAN
|
|||
4:00 - 5:00
|
|||||||
5:00 – 6:00
|
SOLAT
ASAR DAN RIADAH
|
||||||
6:00 – 7:00
|
RIADAH
|
||||||
7:00 – 8:00
|
BERSIHKAN
DIRI DAN SOLAT MAGHRIB
|
||||||
8:00 – 9:00
|
MAKAN MALAM
|
BACA YASSIN
|
MAKAN MALAM
|
BACA AL-QURAN
|
MAKAN MALAM
|
||
9:00 – 10:00
|
SOLAT
ISYAK DAN MEMBUAT ULANGKAJI
|
||||||
10:00-11:00
|
ULANGKAJI
|
MEMBUAT NOITA
|
ULANGKAJI
|
MEMBUAT NOTA
|
KELUAR
|
MEBUAT NOTA
|
SIAPKAN TUGASAN
|
11:00–12:00
|
TIDUR
|
No comments:
Post a Comment