Wikipedia

Search results

Sunday, September 23, 2018


  • PENGURUSAN PEMBELAJARAN




PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK

     Penetapan matlamat diri dan akademik yang jelas adalah satu perkara yang paling penting dalam pengurusan pembelajaran. Setiap individu haruslah mempunyai penetapan yang mantap agar memudahkannya untuk mencapai matlamatnya.


     Berdasarkan pengalaman saya, ramai yang tidak dapat menguruskan pembelajaran dengan baik kerana mereka tidak mempunyai matlamat pembelajaran yang jelas. Contohnya, Akmal sering belajar secara ‘last minute’ sehingga dia menjadi kelam-kabut sewaktu hendak menghadapi peperiksaan kerana tidak mempunyai persediaan yang cukup dan rapi.


     Bagi seorang pelajar yang cemerlang, matlamat pembelajaran yang jelas adalah sangat penting bagi mencapai kejayaan matlamat. Pelajar yang belajar tanpa matlamat ibarat memandu tanpa destinasi kerana tidak tahu apa yang hendak dicapai pada hujung pembelajarannya. Menetapkan matlamat pembelajaran juga membantu dalam menentukan teori pembelajaran yang manakah sesuai untuk kita gunakan.


     Bagi menetapkan matlamat pembelajaran kita boleh menggunakan kaedah SMART untuk memudahkan kita menetapkan matlamat pembelajaran kita.




SMART merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam matlamat anda dan ianya diamalkan oleh kebanyakan organisasi dan syarikat seluruh dunia sebagai panduan dalam menetapkan sasaran mereka.


SMART ialah kata singkatan yang terdiri seperti berikut:

Specific               :               Terperinci

Measurable        :                Boleh diukur

Attainable          :                 Boleh dicapai

Realistic              :               Munasabah

Time Based         :               Mempunyai had masa tertentu


Tujuan adanya matlamat bercirikan SMART di atas ialah kerana untuk menjelaskan matlamat dan memastikan ianya boleh dicapai. Tiada gunanya mempunyai matlamat jika ia kabur dan mustahil.




                                              
Specific – Terperinci
     Matlamat pembelajaran kita haruslah jelas dan spesifik. Hal ini bagi memudahkan kita untuk fokus dengan apa yang hendak dicapai dengan matlamat tersebut. Sebagai contoh, “Saya akan belajar pada waktu sekian-sekian” adalah lebih spesifik berbanding “Saya akan belajar pada waktu lapang”.


Measurable – Boleh Diukur
     Sesuatu matlamat pembelajaran hendaklah boleh diukur dengan jelas. Hal ini untuk membolehkan kita bagi mengukur sejauh mana matlamat itu telah dicapai. Selain itu, ini akan memudahkan kita untuk menilai perkembangan matlamat pembelajaran kita. Sebagai contoh, apabila kita menghadapi peperiksaan akhir tahun atau apa sahaja bentuk peperiksaan, kita tahu apa yang perlu kita pelajari atau ulangkaji untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan. Dengan ini kita boleh mengambil langkah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan tersebut.


Attainable – Boleh Dicapai
     Matlamat pembelajaran yang baik mestilah boleh dicapai pada pengakhirannya. Apa guna kita buat matlamat pembelajaran yang mustahil untuk dicapai ? Bukankah sia-sia ? Sebagai contoh, “Saya akan belajar topik ini dari semasa ke semasa untuk memudahkan saya mengingatinya” adalah sesuatu yang mudah dicapai berbanding “Saya akan belajar topik ini hari ini tanpa ada gangguan”


Realistic – Munasabah
     Untuk menetapkan matlamat pembelajaran, kita perlulah realistik dengan kemampuan pembelajaran kita. Jika matlamat pembelajaran itu sesuatu yang tidak realistik, kita tidak akan mampu untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat yang realistik ini boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, bila pengurusan pembelajaran kita itu tidak munasabah maka akan sulit bagi kita untuk meneruskan matlamat kita kerana tidak sesuai dengan kemampuan diri kita.


Time – Bound
     Komponen yang seterusnya adalah matlamat pembelajaran yang dibuat haruslah mempunyai tempoh masa yang jelas. Tempoh masa ini sangat berguna bagi menetapkan bilakah matlamat pembelajaran itu akan dicapai.






KESIMPULAN
     Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita haruslah mempunyai matlamat yang jelas dan teratur agar matlamat yang kita tetapkan itu tercapai dengan jayanya.

By: Nor Akmal Syamimi Binti Mohamad Zulkifli


STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN


Seterusnya kita teruskan lagi dengan strategi meningkatkan daya ingatan dalam pembelajaran. Menurut kamus dewan edisi keempat mendifinasikan bahawa ingatan ini adalah sebagai kuasa untuk mengingat sesuatu. Dengan strategi ini para pelajar terutamanya boleh meningkatkan lagi daya ingatannya. Yang menjadi persoalannya adalah bagaimanakah cara yang berkesan untuk mengingat terhadap pembelajaran ?



Sebenarnya ingatan kita ini mempunyai dua jenis iaitu yang pertama ialah ingatan jangka pendek dan keduanya ialah ingatan jangka panjang. Ingatan jangka pendek ini merujuk kepada proses simpanan dalam jangka masa yang singkat. Selalunya, ingatan ini boleh hilang dalam masa kurangnya daripada 30 saat. Tetapi ada cara untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan sentiasa mengulangi maklumat dengan berulang kali.


Seterusnya ingatan jangka panjang. Ingatan ini berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal dalam ingatan serta ia berfungsi sebagai menahan maklumat pada jangka masa yang lama sehingga kekal hingga ke akhir hayat.


Terdapat beberapa teknik mengingat antaranya adalah TEKNIK MNEMONIK. Teknik ini beerti alat untuk kita mengingati sesuatu. Dalam teknik ia terbahagi pula kepada tiga bahagian iaitu :


1.     Mnemonik kata gentian

2.     Mnemonik amekdot

3.     Mnemonik lokasi

4.     Mnemonik rantaian


MNEMONIK KATA GANTIAN
Teknik ini sesuai kepada perkara abstrak yang sukar diingat dan ia melibatkan penggunaan imej yang timbul. Contohnya, perkataan KEADILAN digambarkan sebagai seorang HAKIM yang sedang mengadili perbicaraan.


MNEMONIK ANEKDOT
Teknik ini pula mengingat maklumat yang panjang dengan sebuah cerita pendek dan lucu. Dengan begini minda akan mudah mengingati sesuatu fakta. Contohnya, saya menggunakan teknik ini dalam formula kimia semasa di tingkatan 5 iaitu “ kalau nak kahwin mesti ada zakat fitrah supaya perkahwinan kekal hingga anak cucu”

                                  Related image
sumber : https://moondoggiesmusic.com/contoh-teks-anekdot/


MNEMONIK LOKASI
Teknik ini pula dikenali sebagai kaedah tempat di mana ia merupakan cantuman daripada dua unsur iaitu “tempat” dan “lokasi”. Melalui cara ini memerlukan anda untuk mengingat sesuatu kepada lokasi dan kaitkan maklumat yang ingin diingati. Contohnya,

                             Related image
sumber : https://kangmul.wordpress.com/2009/01/18/teknik-mnemonik



MNEMONIK RANTAIAN
Teknik ini sesuai untuk mengingati senarai yang panjang dan kaedah yang sesuai untuk kaedah ini adalah menggunakan GAMBARAN. Contohnya, sebuah bas yang berbentuk buku sedang meronda di jalan raya, ketika seekor kucing sedang memakai topi sambil membaca buku di dalam bas. Sebenarnya anda cuba untuk mengingati barang-barang seperti buku, topi, buku dan bas




GAMBARAN
                      Image result for KUCING DENGAN TOPI   Image result for bas
                                                                                         



Seterusnya teknik LOKUS yang bermakna tempat. Kaedah ini adalah dengan mengaitkan bahan ingatan dengan suatu tempat yang dikenali. Contohnya, anda ingin mengingati TIGA kata kunci seperti :
Politik → Ekonomi → Sosial 

Jadi bayangkan
Di halaman rumah anda ada ramai ahli politik. Pada masa yang sama anda melihat wang kertas melekat pada pintu rumah anda semasa anda ingin meletakkan kasut di rak kasut.

LOKASI
KATA KUNCI
IMEJ
Halaman rumah
Politik
Ahli politik
Pintu
Ekonomi
Wang
Rak kasut
Sosial
Ramai orang

Kenyataan yang diberi menunjukkan bagaimana anda boleh mengaitkan lokasi dengan kata kunci tersebut.

Yang terakhir adalah dengan menguunakan teknik CHUNKING di mana teknik ini mengumpul maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Kebiasaanya teknik ini melakukan pemecahan kepada kumpulan (Chunking). Contohnya menghafal nombor dikaitkan dengan lagu kanak-kanak.
Contoh :


                                   Image result for cara chunking